Pengenalan

Latar Belakang Syarikat

Rimbunan Ilmu Sdn Bhd (RISB) ditubuhkan pada 29 Disember 2004. RISB merupakan syarikat penerbitan yang berstatus bumiputera yang menjalankan aktiviti perniagaan berkaitan dengan penerbitan dan pembekalan buku ke sekolah-sekolah dan juga agensi kerajaan di seluruh Malaysia.

 

Sepanjang 15 tahun beroperasi dalam industri penerbitan buku, RISB kini mempunyai kakitangan yang berkemahiran, mempunyai sistem sokongan dalaman yang efisien, hubungan pembekal-pembekal dalam dan luar negara yang mantap, rangkaian rakan pembekal di seluruh negara, hubungan perbankan yang baik, senarai pelanggan yang ternama dan strategik serta hubungan rantaian nilai dalam industri penerbitan dan pencetakan yang lengkap. Rangkaian yang kukuh ini membolehkan RISB menyokong sebarang keperluan industri dalam bentuk penerbitan bukubuku dan majalah, penerbitan tajuk baru mengikut keperluan, penghasilan dan pengolahan semula buku dari luar negara dalam bahasa Melayu dan pencetakan sebarang makalah dan bahan penerbitan.

 

Kini, berbekalkan kakitangan profesional seramai 49 orang dan pengalaman selama 15 tahun dalam industri penerbitan, RISB berjaya meletakkan diri sebagai salah satu syarikat penerbitan tempatan yang berdaya saing dan dikenali oleh rakan dan pelanggan dalam kalangan jabatan kerajaan, agensi kerajaan, kerajaan peringkat negeri serta pusat pengajian tinggi awam dan swasta.

Visi

  • Menjadi sebuah syarikat penerbitan dan pembekalan yang berdaya maju, berdaya saing dan inovatif.

Misi

  • Menawarkan kadar harga yang berpatutan dan perkhidmatan yang berkualiti agar dapat memuaskan kehendak pelanggan.
  • Menjanjikan perkhidmatan yang cekap, cepat dan efisen.

92-G, 92-1 & 92-2,Blok 2, Wisma Salleh Saidin,
Jln Dwi Tasik, Dataran Dwi Tasik,
Bandar Sri Permaisuri, 56000, Cheras,
Kuala Lumpur Malaysia.

Ikuti perkembangan terkini

    Media Sosial