Pengurusan Utama

Pengarah Operasi

Puan Norizan bt Ismail

Beliau telah memulakan kerjaya sebagai Editor dan telah berkhidmat di beberapa buah syarikat penerbitan. Beliau juga telah terlibat dalam bidang penerbitan buku hampir 30 tahun. Dan dalam tempoh 10 tahun perkhidmatan beliau sebagai Pengurus Kewangan & Pentadbiran, beliau kemudian dianugerahkan dengan jawatan Pengurus Besar Kewangan dan
Pentadbiran. Atas kepercayaan dan keyakinan Pengarah Urusan Syarikat Rimbunan Ilmu Sdn Bhd, beliau sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Pengarah Operasi pada tahun 2022.

Pada tahun 2023, dengan perkhidmatan yang cemerlang dan rekod kerja yang bagus, beliau telah diberi amanah oleh Pemilik Syarikat Rimbunan Ilmu Sdn Bhd untuk menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Urusan Rimbunan Ilmu Sdn Bhd.

Ketahui Dengan Lanjut

Pengurus Besar Jualan & Pemasaran

Esrifitri Bin Subohi

Bertugas sebagai Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran. Beliau dipertanggungjawabkan untuk merancang dan melaksanakan aktiviti jualan dan pemasaran bagi Kumpulan Rimbunan untuk segmen kedai buku dan juga segmen digital.

Memulakan kerjaya sebagai Eksekutif Jualan, beliau seterusnya mengembangkan kerjaya ke jawatan-jawatan lain sebagai Penolong Pengurus Pembangunan Perniagaan, Pengurus Pembangunan Francais dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) bagi menguruskan lebih 30 perniagaan francais kedai buku dan alat tulis diseluruh negara.

Beliau seterusnya menyertai syarikat penerbitan buku akademik dengan memangku jawatan sebagai Pengurus Besar dan kini menyertai Rimbunan Ilmu Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran.

Ketahui Dengan Lanjut

Pengurus Penerbitan

Suzie Bt. Mat Harun

Bertugas sebagai Pengurus Penerbitan. Beliau bertanggungjawab merancang dan melaksanakan projek-projek penerbitan. Beliau pernah berkhidmat sebagai guru sandaran di beberapa buah sekolah rendah di sekitar negeri Perak dari tahun 1987 hingga 1993.

Ketahui Dengan Lanjut

Pengurus Kewangan

Rosliza Binti Kasrin

Bertugas sebagai Pengurus Kewangan. Sebelum memasuki syarikat, beliau telah bertugas sebagai Pengurus Kewangan di Arena Energy Sdn Bhd. selama 5 tahun. Pada tahun 2022, beliau diterima sebagai Pengurus Kewangan Rimbunan Ilmu Sdn Bhd dan akan terus memajukan syarikat berdasarkan pengalaman yang dikecapi selama ini. Dengan berbekalkan pengalaman kerja selama 14 tahun, Ijazah Perakaunan dengan kepujian dan telah diiktiraf sebagai Akauntan Bertauliah oleh Institut Akauntan Malaysia (MIA), beliau diamanahkan untuk mengurus dan mengatur segala urusan keluar masuk kewangan syarikat dengan lebih sistematik dan telus.

Ketahui Dengan Lanjut

Pengurus Logistik

Kitman bin Amat

Kitman memulakan kerjaya sebagai Junior Supervisor di Sembawang Shipyard, Singapore dari tahun 1990 hingga 1995. Beliau kemudian menyertai Lankorst Pancabumi Construction dan bertanggungjawab mengawasi perjalanan projek MRR2 di Pandan Jaya.

Ketahui Dengan Lanjut

92-G, 92-1 & 92-2,Blok 2, Wisma Salleh Saidin,
Jln Dwi Tasik, Dataran Dwi Tasik,
Bandar Sri Permaisuri, 56000, Cheras,
Kuala Lumpur Malaysia.

Ikuti perkembangan terkini

    Media Sosial