Pengurus Besar Jualan & Pemasaran

Eksekutif RISB

Esrifitri Bin Subohi

Pengurus Besar Jualan & Pemasaran

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Eksekutif Pentadbiran Perniagaan (EMBA) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pada tahun 2011 dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Pemasaran pada tahun 1999 juga dari institut pengajian yang sama. Beliau turut memperoleh Diploma Pentadbiran Awam pada tahun 1997.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Eksekutif Jualan pada tahun 1999 di sebuahsyarikat konglomerat berasaskan kertas yang tersenarai di Bursa Malaysia dan terlibat secara langsung dalam aktiviti jualan dan pemasaran melibatkan key accounts bagi produk alat tulis berasaskan kertas, buku kanak-kanak, novel, percetakan dan juga aplikasi kad pintar.
Bermula sebagai Eksekutif Jualan, beliau seterusnya telah meningkat ke jawatan-jawatan lain sebagai Penolong Pengurus Pembangunan Perniagaan, Pengurus Pembangunan Francais dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) bagi menguruskan perniagaan francais buku dan alat tulis. Beliau berpengalaman menguruskan dan membangunkan lebih 30 buah kedai francais buku dan alat tulis di seluruh negara.

Beliau seterusnya menyertai syarikat penerbitan buku akademik bagi pasaran
prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Beliau telah dilantik sebagai Pengurus Kanan Operasi dan memangku jawatan Pengurus Besar sebelum menyertai Rimbunan Ilmu Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran.

92-G, 92-1 & 92-2,Blok 2, Wisma Salleh Saidin,
Jln Dwi Tasik, Dataran Dwi Tasik,
Bandar Sri Permaisuri, 56000, Cheras,
Kuala Lumpur Malaysia.

Ikuti perkembangan terkini

    Media Sosial