RISB mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam bidang penerbitan. Semenjak ditubuhkan, RISB telah menghasilkan lebih dari 300 tajuk dalam pelbagai bidang menggunakan kepakaran dalaman dalam bidang ilustrasi, reka bentuk, penulisan dan perkongsian dengan rakan-rakan strategik dari dalam dan luar negara. Hasil penerbitan RISB kini boleh ditemui di sekolah-sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan, sekolah-sekolah KAFA, sekolah-sekolah tadika dan agensiagensi kerajaan negeri.
RISB telah diberi kepercayaan oleh beberapa pengedar terkemuka untuk mengedarkan buku-buku terbitan luar negara bagi pasaran tempatan. Oleh kerana RISB banyak memberi fokus kepada pasaran pendidikan, maka banyak buku yang diedarkan oleh RISB berasaskan kepada subjek pendidikan. Menerusi pasukan pemasaran dan rangkaian pengedar RISB di seluruh negara, banyak buku bercirikan pendidikan diedar oleh RISB ke seluruh negara.