Membesar di dalam keluarga petani di negeri Kedah Darul Aman, Dato’ Hj Mohd Salleh dididik membantu keluarga dalam menjalankan kerja-kerja pertanian sejak kecil lagi. Alam kerjaya beliau bermula dengan penghijrahannya ke Kuala Lumpur. Beliau memasarkan bahan penerbitan serta mempelajari rantaian nilai penerbitan buku menjadi asas kepada pembentukan perniagaan penerbitan milik beliau.
Beliau telah memulakan kerjaya sebagai Editor dan telah berkhidmat di beberapa buah syarikat penerbitan. Beliau telah terlibat dalam bidang penerbitan buku hampir 30 tahun.
Bertugas sebagai Pengurus Penerbitan. Beliau bertanggungjawab merancang dan melaksanakan projek-projek penerbitan. Beliau pernah berkhidmat sebagai guru sandaran di beberapa buah sekolah rendah di sekitar negeri Perak dari tahun 1987 hingga 1993.
Siti Aisyah adalah pemegang ijazah Bachelor in Business Admin (Finance), UiTM. Sebagai graduan Perniagaan, Beliau memulakan pekerjaan sebagai Penolong Pegawai Perangkaan di Jabatan Perangkaan Negara.
Pemegang Diploma dalam Pentadbiran Awam dari Institut Teknologi Mara (UiTM). Fahrol Raji telah menimba banyak pengalaman dalam bidang pemasaran dalam industri buku.
Kitman memulakan kerjaya sebagai Junior Supervisor di Sembawang Shipyard, Singapore dari tahun 1990 hingga 1995. Beliau kemudian menyertai Lankorst Pancabumi Construction dan bertanggungjawab mengawasi perjalanan projek MRR2 di Pandan Jaya.