Pengarah Urusan

Profail

Dato’ Hj Mohd Salleh bin Saidin

Pengarah Urusan

Membesar di dalam keluarga petani di negeri Kedah Darul Aman, Dato’ Hj Mohd Salleh dididik membantu keluarga dalam menjalankan kerja-kerja pertanian sejak kecil lagi. Alam kerjaya beliau bermula dengan penghijrahannya ke Kuala Lumpur. Beliau memasarkan bahan penerbitan serta mempelajari rantaian nilai penerbitan buku menjadi asas kepada pembentukan perniagaan penerbitan milik beliau.

 

Berbekalkan pengalaman serta modal RM5,000, Dato’ Hj Mohd Salleh mengorak langkah menyertai bidang perniagaan dengan menubuhkan Rimbunan Ilmu Sdn Bhd (RISB) pada tahun 2004. Beliau telah berjaya memimpin RISB menerokai peluang-peluang perniagaan yang sedia ada dan menjadi antara pemain dalam penerbitan buku prasekolah, buku aktiviti dan buku teks Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) serta bahan bantu mengajar. Selain diberi kepercayaan dalam projek-projek penerbitan buku kerajaan, RISB juga terlibat dalam menghasilkan buku-buku untuk pasaran luar.

 

Sepanjang penglibatannya dalam dunia perniagaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya Anugerah Usahawan Belia Karnival 1Malaysia 3K (2010), Anugerah Usahawan Belia Negeri (2010), Anugerah Usahawan Muda Cemerlang Kawan Serdang (2010) dan Penguasa Rela-Bersekutu (2014).

 

Pada tahun 2015, Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Darul Makmur, Sultan Hj Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah telah berkenan menganugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa geralan Dato’. Seterusnya, beliau juga telah dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran Datuk oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob pada tahun 2016.

92-G, 92-1 & 92-2,Blok 2, Wisma Salleh Saidin,
Jln Dwi Tasik, Dataran Dwi Tasik,
Bandar Sri Permaisuri, 56000, Cheras,
Kuala Lumpur Malaysia.

Ikuti perkembangan terkini
Media Sosial